Wednesday, August 26, 2009

Dibelenggu Masalah..

Geram btul aku nak wat final project ict pun susah..blogger-emoticon.blogspot.comdah la bnd senang ja tp menyusah kan..
tension btul!!! gna power point jer pun..tp nak kena wat custom animation plik2 menyusahkan jer. dah la mmanjang sekat2 jer...
saper2 da idea nak wat bg cantik2 skit... letih dah den ni mikir..
blogger-emoticon.blogspot.com


Sunday, May 10, 2009

Setelah Sekian Lama


haha..ari tu aku da jalan-jalan kat kl..ternampak plak papan tanda ni...
pelik btul laa...

Sunday, February 8, 2009

Rupa atau Hati You Decide!!

Bila kita bercakap mengenai wajah dan kecantikan, semua orang akan terfikir tentang rupa paras yang ada pada diri kita... Hakikatnya, adakah cantik itu terletak pada rupa dan penampilan semata mata?

Ada orang berpendapat bahawa cantik yang sebenar bukan terletak pada rupa paras dan fizikal seseorang... Bagi mereka, hati budilah yang menentukan semuanya... Dan bagi sesetengah orang yang lain, mereka berpendapat sebaliknya... Bagi mereka, cantik pada hati terlalu subjektif dan sukar untuk diungkapkan... Kesimpulannya, setiap individu mempunyai pendapat dan pilihan mereka yang tersendiri... Mungkin dari luaran seseorang itu dilihat cantik kerana gaya dan fizikal yang dimilikinya tetapi tidak didalamnya... Bagi aku, cantik haruslah seimbang dari segi luaran mahupun dalaman... Tiada gunanya cantik diluar tetapi dalamannya, Masya Allah.... Tuhan saja yang tahu...

***so korang pilih la yang mcm mna korang nak

Aku tertarik bila membaca satu artikel yang aku terima melalui e-mel yang dikirimkan kawan aku... Isi kandungan e-mel itu menyatakan tentang rahsia kencantikan wajah dan hati... Ermm... bagus juga... Kalian nak tahu apa isi kandungannya? Mari kita semak!

1.
Agar wajah selalu segar, berseri seri dan cantik, cucilah sebanyak 5 kali sehari dengan air wudhu'. Jangan terus dikeringkan, biarkan air wudhu' itu menitis dan kering dengan sendirinya lalu ambillah sejadah, solat, berzikir dan berdoa...


2.
Untuk menghilangkan 'stress', perbanyakkan 'olahraga' dalaman. Tidak perlu keluar dan ber'jogging'. Cukup sekadar memperbanyakkan solat. Disamping solat wajib, kita digalakkan supaya mengerjakan solat sunat kerana ketika solat, seluruh tubuh badan akan bergerak seolah olah kita menjalani aktiviti olahraga... Selepas selesai, berzikir dan berdoalah kepada Allah SWT agar kita dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang masa...


3.
Untuk pelembab agar sentiasa kelihatan awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya dibibir sahaja tapi juga dihati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" yang bermaksud "Ya Allah, sebagaimana engkau telah memperindahkan kejadianku, maka perindahkan pula akhlakku"... - Doa Tengok Cermin.


4.
Untuk memiliki bibir yang cantik, bisikkan kalimat kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur...


5.
Agar tubuh langsing dan mulus, amalkan diet yang teratur seperti berpuasa seminggu 2 kali iaitu pada hari Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus jika amalkan puasa cara Nabi Daud AS iaitu selang satu hari. Makanlah makanan yang halal, perbanyakkan sayuran, buah buahan dan air kosong.


6.
Untuk mengembangkan diri (bukan mengembangkan badan yaa..) sebarkanlah salam dan sapaan. Dengan demikian, kita akan dikenali dan disayangi orang ramai...

Haaaa... Bagaimana? Senangkan kesemua petua yang diberikan?... Satu pun tidak menggunakan RM... Jadi, tiada halangan untuk kita semua amalkan...

Selamat berjaya !

Thursday, January 15, 2009

Kenapa Wanita Cantik Selalu Curang!!



kajian dari Universiti Texas, Amerika Syarikat, Dr Kristina Durante…

menurut kajian ni wanita yang mempunyai banyak hormone estradiol (salah satu bentuk hormone estrogen) selalunya lebih menarik dari segi fizikal dan lebih mudah untuk memerangkap lelaki….mereka juga kurang berpuas hati dengan kekasih yang ada…

Dr Kristina Durante berkata .. “Wanita yang secara fizikalnya cantik bukan setakat mempunyai banyak pilihan malah, juga standard yang tinggi untuk dipuaskan”…”mereka juga mempunyai alasan yang sedikit untuk komited kepada teman yang khusus jika ada teman lelaki berpotensi yang lebih berkualiti”


>>jadi bg sesiapa yang ade awek lawa...jagalah elok-elok takut melepas plak...


Saturday, January 10, 2009

Recycle bin yang bosan!!



Ramai yang tak tahu macam mana nak rename recycle bin ni, sebenarnya senang aja.. korang bleh cuba sendiri:-

1. Pergi kat
start >> run
2. Kat ruang run taip
regedit.exe
3. Kemudian navigate sendiri menggunakan tree yang sebelah kiri

HKEY_CLASSES_ROOT/CLSID/{645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E}



4. Double click kat default
5. Kemudian tukar aja nama yang hendak di tukar..
6. Contohnya trash..
7. Tutup tetingkap regedit..
8. Kemudian refresh




>>kalau ada sebarang masalah email terus ke
airpoltesla@yahoo.co.uk<<

Mengapa Kita Harus Boikot..?


Apakah gunanya kita melaksanakan kempen boikot itu?" Aku yakin semua telah sedia maklum terhadap pembunuhan dan penindasan beramai-ramai umat Islam dewasa ini di kebanyakan negara Islam. Tidaklah perlu aku mengulas lebih lanjut tentang perkara ini kerana saban hari kita boleh melihatnya di dada-dada akhbar ataupun melalui peti TV. Sebagai umat Islam, aku tidak sanggup untuk melihat saudara seagama terus dibunuh dan dirampas hak mereka. Dan di dalam masa yang sama juga,kita tidak mempunyai kekuatan persenjataan langsung untuk menghadapi mereka. Satu-satunya sumber penentangan yang dimiliki oleh umat Islam ialah melalui suara dan ekonomi. Untuk mengangkat senjata, sudah tentu kita tidak mampu. Oleh itu, kuasa yang ada pada kita hanyalah pernyataan ketidakpuashatian terhadap dasar luar Amerika melalui kuasa membeli. aku akui, pemboikotan barangan keluaran negara pengganas Amerika dan sekutunya merupakan satu cabaran yang amat sukar bagi aku. Kita semua sedia maklum bahawa sebahagian dari kita membesar dengan produk-produk keluaran negara tersebut dan amat sukar untuk kita mengikisnya dari hidup kita. Dari sudut perniagaan pula, amatlah sukar untuk kita bertindak memboikot barangan keluaran mereka sekali gus. Walaupun ianya sukar, bukan bermakna kita tidak perlu membuat apa-apa langsung. Semua manusia mempunyai kemampuan yang terbatas..

jadi mari kita boikot suma barang dia orang

Borinnkk....


hari ni dah 10/1/2009 tapi masih tiada apa yang berlaku dalam hidup aku yang dapat membanggakan diri aku ini..mmg borink..

kalau ada sesiapa yang ada idea gila untuk aku buat supaya hari dalam hidup aku tidak seperti setiap hari kerana hidup ini seperti suatu rutin yang tiada penghujung..

hanya jauhari yang yang paham perasaan aku yang borink tahap dewa ni...

buka tv borink..buka laptop borink...buka radio borink...keluar rumah borink jgk...

hampeh betul..